Tuesday, April 8, 2008

ACHTUNG makna kata ATTENTION

PERTUKARAN TEMPAT MESYUARAT

Salam dan PERHATIAN kepada semua..

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

tempat berlangsungnya MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA PASAK (ALUMNI) akan ditukar..

dari DEWAN NURANI kepada DEWAN KULIAH A (Pusat Pengajian Sains Kesihatan).

TARIKH: 26hb APRIL 2008
MASA: 2.30 Petang


HARAP MAKLUM..TERIMA KASIH

MAKLUMBALAS

Tarikh maklumbalas anda berkenaan kehadiran (sedia unutk handir atau tidak) ke MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA PASAK telah dilanjutkan kepada 12hb April 2008.

Sila periksa email anda.
Terdapat kemungkinan email yang pihak kami hantar
terus masuk ke peti BULK..
Jangan kosongkan peti BULK anda dahulu..
Sila periksa dulu ya..TQ


KEKELIRUAN


daripada respon yang kami terima..

ada banyak kekeliruan memahami maksud email yg kami hantar..

sabaq no...

buat masa ni..'reply' dulu email yg anda terima untuk menyatakan samada anda akan hadir atau tidak pada MESYURAT AGUNG TAHUNAN ALUMNI PASAK

masalah pengisian borang ahli..abaikan dahulu..


p/s: sebarang kesulitan amat dikesali


Tuesday, February 26, 2008

ACHTUNG!! PERSATUAN ALUMNI SAINS KESIHATAN P.A.S.A.K



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua,

Gerak kerja pra penubuhan Alumni Sains Kesihatan dengan ini berbesar hati untuk memaklumkan bahawa kami akan mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA bagi mewujudkan Persatuan Alumni Sains Kesihatan ataupun P.A.S.A.K.

Tuan/Puan yang juga merupakan bekas penuntut Pusat Pengajian Sains Kesihatan dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli persatuan sekaligus menghadiri MESYUARAT AGUNG TAHUNAN P.A.S.A.K yang buat julung-julung kalinya diadakan.

Sekiranya Tuan/Puan bersetuju untuk hadir ke MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA sila balas email ini dan nyatakan ‘YA SAYA BERSETUJU HADIR’. Seterusnya Tuan/Puan dikehendaki ikut langkah DAFTAR.

Walaubagaimanapun, sekiranya Tuan/Puan tidak dapat hadir pada MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA, namun berminat untuk menjadi ahli Persatuan Alumni Sains Kesihatan, sila balas email ini dan nyatakan ‘TIDAK DAPAT HADIR’ dan seterusnya ikut langkah DAFTAR.

Kami mengharapkan maklumbalas daripada pihak Tuan/Puan selewat-lewatnya sehingga 1hb April 2008.

Langkah DAFTAR;
1) Isi lengkap borang pendaftaran (attachment 1)
2) Hantar kepada salah satu alamat email berikut;
Wina (Sinaran Perubatan):
wieyna119@yahoo.com.sg
Azilah (Kejururawatan): azilahmustapa@yahoo.com.sg
Epin (Sains Forensik): chief_4n6@yahoo.com
Luqman (Bioperubatan): khairulluqman@hotmail.com


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SAINS KESIHATAN

TARIKH:
26/04/2008
TEMPAT: DEWAN UTAMA USMKK ATAU DEWAN NURANI
MASA: 2.30 PETANG

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info berkenaan P.A.S.A.K sila KLIK ‘link’ berikut;
1) Friendster: http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=1249002
2) Blog:
http://pasakusm.blogspot.com

Segala kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan amat kami hargai. Kami amat menantikan kehadiran Tuan/Puan bagi memeriahkan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN P.A.S.A.K yang buat julung-julung kalinya diadakan ini. Terima kasih.


p/s: anda bakal menerima email sebegini..tq

Thursday, February 14, 2008

Al KIsaH..



Di malam yang sunyi..lalalala
Di suatu tempat...hmmm
Sekumpulan anak muda...????
Berjuang..melawan kemalasan..


DISKUSI...gelak..gelak...DISKUSI..
Akhirnya..tertubuhnya JAWATANKUASA PENAJA ALUMNI

PENGERUSI – Weng (biomed 4)
TIMBALAN – Kak Chik (biomed 4)
S/usaha – Juend (nursing 4)
Bendahari – Fairuz (sinaran 4)


Exco Pengkadiran (ejaan??)

- Ipin (forensik 4)
- Zilah (nursing 4)
- Wina (sinaran 4)
- ET (dietetik 4)
- Lukman (biomed 4)

Exco Hebahan
- Asrul (forensik 4)
- Penulis (nursing 4)

MISI – Menubuhkan PERSATUAN ALUMNI SAINS KESIHATAN (PASAK)

GaPo diO...PASAK ni??


Jawapan;
Seperti yang tertera di atas.. ringkasan kepada PERSATUAN ALUMNI SAINS KESIHATAN.
Butiran lanjut akan di kemas kini kemudian (penulis kekurangan idea2 dan agak sibuk..)


Walaubagaimanapun... jawatankuasa penaja Alumni mengharapkan agar blog ini dapat dijadikan medium hebahan dan seterusnya pemangkin kepada kejayaan PERSATUAN ALUMNI SAINS KESIHATAN yang bakal ditubuhkan.

p/s; gambar yang tertera hanya imaginasi penulis..tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.