Tuesday, February 26, 2008

ACHTUNG!! PERSATUAN ALUMNI SAINS KESIHATAN P.A.S.A.K



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua,

Gerak kerja pra penubuhan Alumni Sains Kesihatan dengan ini berbesar hati untuk memaklumkan bahawa kami akan mengadakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA bagi mewujudkan Persatuan Alumni Sains Kesihatan ataupun P.A.S.A.K.

Tuan/Puan yang juga merupakan bekas penuntut Pusat Pengajian Sains Kesihatan dialu-alukan untuk mendaftar sebagai ahli persatuan sekaligus menghadiri MESYUARAT AGUNG TAHUNAN P.A.S.A.K yang buat julung-julung kalinya diadakan.

Sekiranya Tuan/Puan bersetuju untuk hadir ke MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA sila balas email ini dan nyatakan ‘YA SAYA BERSETUJU HADIR’. Seterusnya Tuan/Puan dikehendaki ikut langkah DAFTAR.

Walaubagaimanapun, sekiranya Tuan/Puan tidak dapat hadir pada MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA, namun berminat untuk menjadi ahli Persatuan Alumni Sains Kesihatan, sila balas email ini dan nyatakan ‘TIDAK DAPAT HADIR’ dan seterusnya ikut langkah DAFTAR.

Kami mengharapkan maklumbalas daripada pihak Tuan/Puan selewat-lewatnya sehingga 1hb April 2008.

Langkah DAFTAR;
1) Isi lengkap borang pendaftaran (attachment 1)
2) Hantar kepada salah satu alamat email berikut;
Wina (Sinaran Perubatan):
wieyna119@yahoo.com.sg
Azilah (Kejururawatan): azilahmustapa@yahoo.com.sg
Epin (Sains Forensik): chief_4n6@yahoo.com
Luqman (Bioperubatan): khairulluqman@hotmail.com


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SAINS KESIHATAN

TARIKH:
26/04/2008
TEMPAT: DEWAN UTAMA USMKK ATAU DEWAN NURANI
MASA: 2.30 PETANG

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan info berkenaan P.A.S.A.K sila KLIK ‘link’ berikut;
1) Friendster: http://www.friendster.com/group/tabmain.php?gid=1249002
2) Blog:
http://pasakusm.blogspot.com

Segala kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan amat kami hargai. Kami amat menantikan kehadiran Tuan/Puan bagi memeriahkan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN P.A.S.A.K yang buat julung-julung kalinya diadakan ini. Terima kasih.


p/s: anda bakal menerima email sebegini..tq

No comments: